now playing : damasutra-sufi
i am officially a 25 years old lady.
25 tahun.sudah 25 tahun bernafas sebagai hamba Allah di dunia ni..Alhamdulillah,dapat merasa tahun yang ke-25.
rasa macam tanggungjawab bertambah berat.tanggungjawab pada diri sendiri.keluarga,agama.mungkin kerana kini aku melihat dunia dengan pandangan yang berbeza.
banyak mana ilmu luar pagar sekolah yang aku pelajari?
apa yang aku pelajari?
bagaimana dengan bekalan untuk ke Sana?
berat bahu kiri?bahu kanan?
aku ikhlas dengan segala apa yang terjadi dalam hidup aku?aku redha?
harta dunia akhirat?
sejauhmana aku memberi dan menerima?
ilmu yang tak seberapa di dada ni akan sentiasa ditambah.InsyaAllah.aku mahu begitu.
manusia berubah.dengan banyak sebab.kadang-kadang dah jadi musibah baru nak teringat.
kadang-kadang dengan pimpinan/petunjuk orang sekeliling.
kadang-kadang tersedar sendiri.
kadang-kadang dari pengalaman.
kadang-kadang dengan sentuhan ayat-ayat suci alQuran.
kadang-kadanga dengan cubaan dan dugaan.
Alhamdulillah.hati kecil ni selalu terdetik untuk jadi yang lebih baik.maknanya Dia sayang aku sebagai hambaNya yang lemah.Dia lah yang mengetuk hati kecil ni untuk berubah.Dia nak aku lebih dekat denganNya,lebih mengingatiNya.
Bukan setakat solat lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan saja.itupun belum tentu cukup untuk tebus apa yang aku buat selama ni.belum cukup untuk menjaga aku.entahkan diterima entahkan tidak.
Bila hati dah terdetik nak ke arah yang lebih baik,kadang-kadang,tak banyak,sedikit tetap ada yang melambatkan/menghalang.diri sendiri juga.bukan orang lain.bukankah diri sendiri adalah musuh yang paling dekat.
Alhamdulillah,sepanjang hidup ni aku bersyukur atas segala rezeki yang datang.atas segala nikmat.atas segala kasih sayang.atas segala peringatan.aku belajar untuk terima seadanya bila aku fikir ada hikmah di setiap sesuatu.walaupun kadang-kadang kalah dengan perasaan dan mula mempertikaikan apa yang tak patut dipertikaikan.
kadang-kadang terlupa Allah dah tentukan dan janjikan yang terbaik untuk aku.ada sebab di atas sesuatu.tapi alhamdulillah,selepas tu tersedar sendiri.kita merancang,Allah merancang,perancangan Allah lah yang paling baik untuk kita.
bila kita tak dapat apa yang kita hendakkan,harapkan,kita menangis.merayu.mula membuat perbandingan dengan hidup orang lain.Padahal Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita.bila ditimpa musibah,cuba renung diri sendiri balik.mungkin kita tak dapat/tak dapat lagi kerana sebenarnya kita belum bersedia untuk memiliki,memelihara,menjaga.mungkin juga Allah memberi kita ruang untuk memperbaiki diri sendiri dahulu.
aku banyak belajar mungkin bukan dari pengalaman aku sendiri,tapi dari pengalaman orang lain,kawan-kawan,orang sekeliling.(selain dari pembacaan).yang membuatkan aku berfikir tentang diri sendiri.yang membuatkan aku bersyukur dengan kasih sayang Allah.yang membuatkan aku terima segala apa yang ada pada diri aku.yang membuatkan aku bersemangat untuk terus berusaha mencari dan membaiki diri sendiri,jati diri dan identiti.
Untuk itu,terima kasih tak terhingga adalah untuk kedua ibubapa yang telah banyak bersusah payah untuk aku dan adik beradik yang lain.yang mengasuh,menjaga,mendidik,menegur kesilapan,membentuk peribadi yang menjadikan banie seperti hari ini.
siapa yang mengajar tentang adab dan santun dengan orang yang lebih tua kalau tidak abah?siapa yang menegur sikap/cara/perilaku aku yang kadang-kadang tidak begitu mencerminkan keperempuanan kalau bukan abah?siapa yang begitu pentingkan tatasusila dan sopan seorang perempuan kalau bukan mak?siapa yang menjadi pendengar dan menghargai serta memahami kerenah anak gadisnya yang kadang-kadang memeningkan kalau bukan mak?siapa yang selalu hidangkan tazkirah untuk bekalan dunia yang kekal kalau bukan abah?
tanpa mereka aku tak sekuat ini,yang mampu berdiri atas kaki sendiri walaupun kadang-kadang terjatuh,tergelincir dan akan cuba bangun sendiri,yang kadang-kadang hanya memerlukan masa seorang diri untuk merawat hati dan diri sendiri.yang pasti bila sendiri,ayat-ayat cinta dari Allah terasa begitu memujuk dan menenangkan.
(iaitu) orang-orang yang beriman
dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah.
Ingatlah,hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.
(Ar-Ra'd,ayat 28.)
masa depan yang tersembunyi,usahkan masa depan,apa yang bakal terjadi petang ini,esok pun bukan didalam pengetahuan aku.yang pasti usaha dan doa adalah atas diri sendiri.kemudian tawakal.semoga aku dipanjangkan usia dan amal baiknya.
Sebaik-baik manusia adalah yang panjang usianya dan baik amalnya. Dan sejelek-jelek manusia adalah yang umurnya panjang namun jelek amalnya) (HR. Ahmad dan al-Turmudzi dari Abu Bakrah).
terima kasih pada mereka yang menitipkan doa sebagai ucapan hari lahir aku.aku amin kan semuanya dan semoga dimakbulkan.insyaAllah.
Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmmat abadi…
amin..
No comments:
Post a Comment