20 Aug 2008

~terima la seadanya..~

pernah dgr tak org ckp,org2 Arab/org2 belah Timur Tengah kasar sikit?bknla kasar cmne,diorang tak mcm org2 kita,lembut..klu bergurau pn agk kasar..siyes.mmg cara diorang cmtu..

so,ape isunye?

takde,my close fren punye bf mix Iran-Melayu..after 2 years mengenali hati budi masing2,mereka mengambil keputusan utk berkahwin..

isu 1.(hantaran)
He said to my fren,hantaran dia dpt bg sebanyak RMX shj..yg bg aku,em,agak rendah jgkla..padahal mak ayah dia berduit..tp dia kata dia taknak pki duit sape2,nk pki duit sendiri..mule2 parents myfren ni kisah jgk..bncg punye bincang,dh si hamba Allah tu mmg ckp byk tu je dia bleh bg,and myfren pn tak ksh,so parents dia pn ok with that..si BF siap ckp parents GF dia tu demand lg..huhu

isu 2 (merisik)
myfren : mak ayah llki kne la dtg umah si perempuan,merisik..knl2..
herBF : nk buat ape nk merisik risik pulak?sbb adat?nk buat ape ikut sgt adat2 ni?
myfren : bkn ikut adat ke ape..okla,tkr,bkn merisik,kita pggl dia berkenal-kenalan la..
herBF : knpe parents dia pulak yg kne dtg sna?ape slhnye klu ur parents yg dtg sini,jmpe my parents.
myfren : i'm a woman..takkan belah perempuan yg nk kne dtg ke belah llki plk?mcm tak manis je..
my parents nk jgk la knl ur parents.


*ni bkn dialog betul diorang,i'll just make it short*

si BF ni lebih suke mempertikaikan dr menerima..mmgla ayah dia org Iran tp mak dia melayu..takkanla mak dia tak biasa dgn mende2 cmni kn..lgpn bkn nye baru pndah malaysia ke ape..dh lame duk sini..oh ye,moden..2-2org pn org bsr,medic line,trme anugerah mcm2..mgkn tak reti kot..yeke?
parents si perempuan mcm dh sedikit twr hati dgn llki ni.

isu 3 (talasemia
)
si BF ni ade talasemia..dia pembawa,dr gen ayah dia..so dia agak cpt mrh..

me : dia mmg slalu cpt naik drh ke?
her : slalu jgk..tp aku dh tak ksh dh..mende dh slalu jd,aku pn dh lali..yela,klu kta dh syg kn,kite trme je baik buruk dia..dh biasa..

apa itu talasemia?

Talasemia ialah satu penyakit yang diwarisi iaitu penyakit kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan bahan yang mengangkut oksigen dan memberi warna merah kepada darah.

Setiap tahun, lebih kurang 100,000 bayi di seluruh dunia dilahirkan mengalami talasemia major. Talasemia major paling kerap berlaku di kalangan mereka yang berketurunan Itali, Greek, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Afrika.

Jenis-jenis Talasemia

Talasemia Beta

· Ia disebabkan oleh mutasi yang terjadi dalam gen globin beta.

Individu yang mewarisi satu gen Talasemia Beta dari ibu atau bapa dikenali sebagai Talasemia minor atau trait (ciri). Talasemia trait bukanlah suatu penyakit dan individu yang mempunyainya boleh meneruskan kehidupan yang dikira normal. Mereka merupakan pembawa kepada gen yang abnormal ini dan selalu digelar 'pembawa Talasemia yang sihat'. Mereka mempunyai paras hemoglobin yang rendah sedikit daripada biasa. Kekurangan ini selalunya lebih ketara ketika hamil. Sel darah merah mereka juga bersaiz kecil sedikit daripada biasa.

Individu yang mewarisi dua gen Talasemia Beta, satu gen abnormal daripada ibu dan satu daripada bapa dikenali sebagai penghidap Talasemia major. Ia merupakan penyakit yang biasa terjadi di Malaysia.

Individu Talasemia major menghasilkan rantaian beta globin yang sedikit berbanding normal.

Sumsum tulang mereka tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi kerana ia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi.

Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya mengalami anemia diantara 6-18 bulan selepas dilahirkan.

Mereka memerlukan pemindahan darah yang berkala untuk meneruskan kehidupan.

Kanak-kanak yang tidak dirawat biasanya akan sakit ketika berumur di antara 2-4 tahun. Mereka menjadi pucat, tumbesaran terbantut dengan kecacatan tulang dan limpa membesar

  • Talasemia Alfa
    • Ia disebabkan kehilangan 1 gen atau lebih daripada rantaian globin alfa.
    • Tahap keterukan talasemia ini bergantung kepada bilangan gen alfa globin yang hilang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemindahan darah sekali-sekala sementara yang lain memerlukan pemindahan darah yang berkala (berterusan). Sesetengahnya pula langsung tidak memerlukan pemindahan darah. Kesemua ini bergantung kepada tahap keterukan penyakit tersebut.
    • Ia boleh menyebabkan kejadian lahir mati akibat hydrops foetalis (sembab yang teruk di keseluruhan badan bayi yang dikaitkan dengan anemia teruk) jika tiada globin alfa yang dihasilkan semasa hayat janin.

Hemoglobin E/ Talasemia Beta

    • Hemoglobin E mempunyai struktur yang berubah dan kadangkala menunjukkan ciri-ciri yang berubah/berlainan.
    • Hemoglobin E/Talasemia Beta adalah keadaan yang biasa berlaku di Malaysia terutamanya di kalangan orang Melayu.
    • Dalam kes ini, individu mewarisi 1 gen Talasemia Beta dan 1 gen hemoglobin E yang abnormal masing-masing daripada ibu atau bapa.
    • Ia boleh menyebabkan masalah terhadap individu berkenaan dan pemindahan darah yang berterusan/berkala mungkin diperlukan ataupun tidak.
    • Darah individu yang menghidap hemoglobin E/ Talasemia Beta mengangkut oksigen lebih baik berbanding individu dengan Talasemia Beta sahaja. Oleh itu mereka boleh bertahan dengan paras hemoglobin yang lebih rendah.

Penyebab Talasemia Beta major

Talasemia major berlaku apabila gen yang cacat diwarisi daripada kedua-dua ibu dan bapa. Jika ibu atau bapa merupakan pembawa ciri Talasemia, mereka boleh menurunkan ciri ini kepada anak-anak mereka. Jika kedua-dua ibu bapa pembawa ciri tersebut maka anak-anak mereka mungkin merupakan pembawa atau mereka akan menghidap penyakit tersebut seperti yang ditunjukkan dalam rajah .

Faktor risiko dan langkah pencegahan

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi Talasemia major atau merupakan pembawa kepada ciri ini adalah sangat berisiko.

Bagaimana kita dapat mencegah Talasemia major?

    • Menjalani penyaringan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.
    • Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada beliau juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.
    • Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yang boleh dilakukan semasa awal kehamilan untuk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major ataupun tidak.

so bla dia mnta maaf,ckp dia mmg slalu cpt mrh,oksigen lmbt smpi otak,bla bla bla,parents perempuan ni jadi sedikit risau plak..drpd sebelum ni diorang tak ksh,bla dh jadi cmni,diorang risau plak..then suruh myfren g cek darah jgk..takut2 klu dia pn ade talasemia..

herBF : nape nk g cek drh plak?mcm merperkecilkan dia plak..

em,sian kwn aku m'handle si hamba Allah ni..ni bkn soal kecil tak kecil wahai hamba allah,ni utk keluarga korg jgk nnt..anak2 korang..

isu 4 (istikharah)
myfren'sparents : ape yg istimewa sgt dia?takde org lain ke?
myfren : klu bkn dgn dia,adik rase umur 30 pn blum tentu adik kawen..

*myfren ni jnis yg ssh nk sng2 lupe,sng2 trme org lain..nk bkk pntu ati dia ssh sket*

myfren'sparents : klu cmtu,adik buatla istikharah.

herBF : nape nk buat istikharah?tak yakin dgn dia?

istikharah tu utk mnta petunjuk..dlm kehidupan kita seharian ni,sbnrnye hari2 kne buat pilihan..pilih baju yg nk dipakai,nk mkn ape hari ni.mcm2 lg tp pilihan yg mcm tu sng..bila kita keliru,kita kne la mnta panduan,mnta petunjuk..klu kita ade 2 tawaran kerja pn kte buat istikharah jgk,kerja mane yg paling baik utk kita,yg mane kurang baik..kn?manusia selalu keliru.jadi kita perlu selalu mnta petunjuk..kita merancang,Tuhan merancang tp rancangan Dia adalah yg terbaik utk kita.kenapa tu pun nk pertikaikan yang oi..

ape lg ek isu dia..em,tu je kot..tp tak slesai lagi..huhu..oh,lg 1..

herBF : boleh tak klu lps kawen,dia tak slalu bwa myfren balik her kg?mcm setahun sekali ke..
myfren : no way..mmgla lps kawen perempuan kne ikut suami,ikut ckp suami,tp sbb dia (perempuan) dh berkahwin,tak bermakna hubungan dia n parents semakin renggang,tak rapat.

dis issue,she didnt let her parents know bout it..if yes,she said,ofcourse,100% her parents would reject him and a No to the marriage.huhu..

to ***,saba yea..dugaan je tu..buat je istikharah tu..aku doakan semoga ko dpt buat pilihan yg baik+keputusan yg betul psl ni..smg bahagia selalu..klu ditakdirkan takde jodoh,jgnla ttp trus pntu hati tu..k..syg ko..muahxx!




3 comments:

Anonymous said...

panjangnye entry~
berjele2..
kalu aku kan bani, aku akan jaga hati family than hati seorg lelaki yg sebegitu halnya..nk hidup smp mati ng dia, dia yg demand lebih ok..
complicated sbnrnye..bbrp kali aku menarik napas dan menghembuskannya dgn berat sekali..tak taw nape..
pity 'her' so much..
nasihat aku, jgn jd hamba cinta..
the most important, mtk petunjuk dr Allah, kalu jodoh, mintak dekatkan dan satukan, kalau bukan, Allah lebih mengetahui dan berkehendak yg terbaik utk hambanya..
(mcm blog aku plk..over ok+emo, tak taw nape)

bunny said...

tu la fared..kwn aku tu pn sebenarnye dh tawar hati dgn perangai bf dia tu..aku pn ade ckp dgn dia,"klu aku,klu mak ayah aku dh kureng/twr ati,aku lepaskan dia kot.."
lepas kawen,llki kne hrmat mak mertua mcm mak sndri,perempuan pn sama..
hrp2 dia dpt petunjuk..let him go not really a big thing to her actually,but for another next r/ship.thats the thing..ssh sket..

Anonymous said...

ssh nak let go thing just like that..
tapi, dlm hidup ni, kdg2 mmg kita terpaksa lepaskan banyak benda..
kalau jodoh, dia akan dtg balik..
soal nk terima seseorg dlm hidup kita is not a big thing..
bukak pintu hati, mintak petunjuk Ilahi.