16 Feb 2011

bakso cinta 1!

Kalian pernah menonton filem Ketika Cinta Bertasbih (1&2)? Ketinggalan zaman?tau,memang filem ni dah lama pun.Cuti Maulidur Rasul yang lepas masa dihabiskan dengan menonton filem ini dan my sister’s keeper. Itu pun sebab astro temporary out of service dek petir yg sgt kuat ahad lalu. Maka waktu itu la baru mencari dvd2 yang available untuk ditonton. Belinya lama dulu tp masa terlalu dipenuhi dgn rancangan2 di astro sahaja.

Oh pasal filem KCB. Ceritanya menarik.dan kelakar.tak seperti filem ayat2 cinta,KCB diselitkan lebih banyak dialog / scene jenaka yg buat kita ketawa. Watak utama Abdullah Khaerul Azzam sendiri memiliki perwatakan yg bersahaja dan kelakar. Siapa sangka orangnya baru berumur 22thn (in real life).Handsome semestinya.haha.bergaya?Perlu dipertimbangkan kerana dia hanya penjual tempe dan bakso yg berjaya di bumi Cairo selain seorang penuntut di universiti tersebut! ;p
Bahasa arab mereka juga kedengaran lebih real di telinga saya.

Abdullah Khaerul Azzam menetap di Cairo selama 9thn kerana beberapa kali gagal dalam peperiksaan (saya rasa).mungkin sbb terlalu asyik berniaga tempe dan baksonya. :)
No lah,mungkin dia mmg suka hidup di Cairo.dan dia kaya dari kawan2 yang lain kerana sering mendapat tempahan makanan Indonesia dari pelajar-pelajar di sana dan especially dr pihak duta Indonesia di Cairo juga.Kalau dh tonton, sila la setuju dgn saya ye. :)
dan kalau belum sila la luangkan masa tonton filem ni.tak rugi.InsyaAllah.Jangan fokus/nantikan dialog/scene yang menarik sahaja,tumpukan juga mesej yang ingin disampaikan.betapa kamu merancang yang terbaik untuk hidup kamu,betapa kamu inginkan dia untuk diri kamu tapi sesungguhnya Allah mentakdirkan sesuatu yang lain untuk kamu.

Menarik.saya suka.pasti akan luangkan masa untuk tontonan kedua.Bakso cinta!:)

"ku turuti keinginanku,ternyata ia memperhambakanku,
Sekiranya aku menerima apa adanya,
tentulah aku menjadi orang yang merdeka."

No comments: