julai yg sgt panjang.julai yg sgt memenatkan.badan dan minda.harap2 ogos dan ramadhan menyambut tanpa segala kepenatan dan kepanjangan itu.
baru sampai dr kg.lepas seminggu mak masuk hospital,mgu ni baru dapat balik melawat.alhamdulillah segalanya ok.kesihatan mak pn dah semakin baik.harap2 sebelum puasa ni dapat keluar hospital.tentu tak seronok kene berpuasa dihospital.
minggu ni balik tp sekejap sgt dirumah.sampai je terus ke hospital dalam 1.30ptg,tak balik rumah dlu.lapar.kata mak b.uda selalu dtg ptg.bila b.uda sampai je terus heret dia ajak gi makan.lepas tu borak2.cik ani dan cik nah pun dtg melawat.dh nak maghrib baru aku dengan b.uda bergerak balik.
ingat nak tido hospital tapi bila fikirkan keadaan rumah yg dah tentunya bersepah, berserabut dan nth apa rupa lagi,maka tukar fikiran dan tidur dirumah.
sampai je rumah,masyaAllah,sudah ku agak.baju kat sana sini,dengan lantai berhabuk tak bersapu nya,haish..tak larat tak larat pn kuatkan jugak kederat mengemas.tak sanggup nak tgk.emm..menguruskan ahli2 lelaki dlm keluarga ku sama seperti menguruskan anak2 kecil tau..klu abg2 tu,selalu gakla kene bebel dgn aku dengan manja psl bab2 mengemas ni.tp tu la,sbb mereka tau yg perempuan2 ni mmg akan kemas,akan uruskan rumah,semua pass kat kitorang.sabar je la beta.kalau pg raya lg la,baju melayu+kain kena gosokkan,kena gantungkan,siap kena bgtau,"b.uda,baju ko tu gantung dlm bilik.pki yg tu.aku dh iron."mmg mcm uruskan anak kecil kan.ha,kan beta dh membebel lagi.haha.
hari ahad sebelum ke hspital,pergi beli brg2 dapur apa yg takde,apa yg tak lengkap.tiba2 terasa kampung dh tak mcm dulu.dah sunyi.tak macam dulu,sekarang pakcik2,anak2 muda ramai dh berkereta kalau nak ke mana2,hatta nak ke kedai kopi sekali pun..klu dlu semuanya bermotor,bila terserempak antara mereka,sambil angkat tangan laungkan teguran,"oppp!"klu dh berkereta dh takde la cmtu lagi.
lagi satu yg nampak sunyi sbb anak2 semua dh besar.semua dah berhijrah bekerja.kalau salah seorang mak ayah dh tiada,meninggal,kalau tak anak2 angkut org tua yg seorang tu ke kolumpo tinggal dgn mereka,maka tinggal la si mak/ayah seorang diri dirumah yg besar tu..tp ada jugak anak2 yg berhenti bekerja di bandar lalu balik ke kampung bila mak/ayah tinggal seorang diri.rindu masa lalu.rindu dgn kemeriahan suasana kampung.tiap2 petang padang bola penuh dgn anak2 muda.sekarang pn masih ada ku kira tp sgt jarang la.
tapi setiap kali raya tak pernah gagal mewujudkan kemeriahan kampung.yeay!hehe.
oh apakah berbicara psl raya pulak ni.puasa pun belum bermula lagi banie.
msti la,siapa yg teruja bercerita ttg puasa dan raya kan????
yang penting,harap2 mak abah sentiasa sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.untuk diriku pula,luangkan la masa untuk beribadat banie.semoga dapat menjalani ibadah dgn sempurna juga.tp janganla sekadar ramadhan sahaja.kalau sebelum ni (julai khususnya)nak solat pn berkejar-kejar gara2 kerja,harap2 akan dtg takde la mcm tu lagi.balik rumah 12,1 pg,keinginannya hanya satu,iaitu tidur.ha,masa tu solat pn tak berapa nak kusyuk.
oh ya,aku ada beli satu buku tajuknya "Bila Allah menduga kita."baru baca beberapa mukasurat.terasa sebak pulak.mgkn sbb hormon tgh tak stabil kot (akibat tensi kerja). ;p
ok lah,mahu bersihkan diri.
p/s:sebab lain kenapa terasa sunyi sbb mak takde kat rumah kot.
1 comment:
babe, kenape dgn ur mum? is she okay?
Post a Comment