jumaat sudah.cepatnya.rasanya minggu ni asyik duk ulang alik CKUB je.semuanya sebab nak keluar tender MITI.
isnin:hantar draf ke CKUB
selasa:busy editing,printing dokumen tender
rabu:busy binding/compiling dan hantar TTD ke CKUB.then balik CKUB sambung sorting out,binding and compiling.30 set kot.
khamis:sekali lagi ke CKUB dan Bangunan A hantar semua dokumen tender untuk jualan.and being banie,jarak yg berapa KM je pn boleh salah jln!menci2.orang dah la nak cepat lagi la mau sesat/salah jalan bagai.tapi akhirnya sampai jugak.hoho.
Balik dr Bangunan A,cepat2 preparekan barang untuk ke Rompin pulak.Lepas lunch Sal terus hantar ke stesen bas.perjalanan kl-rompin mengambil madsa lebihkurang 4jam30minit.alhamdulillah perjalanan berjalan lancar.tepat 5ptg sampaila sy ke stesen kuala rompin.masa tu pulak hujan turun mencurah-curah.ape cer nak buat valuation hujan2 kan.tp kontraktor bawa juga masuk site,tgk2 sekejap,explain progress and all.
kalau tak hujan msti dapat susuri pantai dan snap sana sini.oh ya,site ni betul-betul by the sea.
"boleh tak sebelum balik hotel nak jalan2 tepi laut dulu?hehe"
"u bwa hujan dtg,macam mana mau jalan2?"
Hujan masih mencurah sampai 6lebih.maka kami berkeputusan untuk buat valuation keesokan harinya.sebelum balik hotel kontraktor bawa isi perut dulu.
Rompin pekan kecil.malamnya tak meriah mana.sunyi.lepas maghrib sempat jugak menjenguk kedai2 berdekatan hotel tu.tapi tiada yg menarik sangat pun.tp sy rasa dikawasan pekan tu je kot yg mcm tu.sebab masa dlm perjalanan ke pekan rompin tu,banyak jugak nampak signboard resort sana sini.kalau pergi kawasan resort2 tu mungkin banyak yg menarik kot.
dalam perjalanan jugak banyak melalui kawasan perkampungan orang2 asli.bukan perkampungan kot,dia lebih kepada penempatan.deretan rumah tepi2 jalan..bertanahkan pasir putih.macam rumah arwah opah dulu.pasir putih,main tarik upih dengan abg2.kenangan manis. :)
ok,kembali ke Rompin.
malam dihotel ditemani tv dan bekalan buku yg dibawa.alhamduilah malam berlalu dgn tenang tanpa gangguan walaupun sedikit boring.tp ada yg saved the day.hehe.
Valuation start pada lebihkurang 8.40am dan berakhir pada 10.10am.tp mcm org kurang siuman je sbb bercardigan ke site.mana tidaknya,mana ada bwa bju extra.mmg baju nak pakai balik (mengikut jadua awal)tu lengan pendek dan dipadankan dgn cardigan.dgn bersandal pulak tu.kurang siuman pn kurang siumanla,janji kerja siap.cuaca panas pn tak ksh :)
memandangkan tiket balik KL pukul 11,maka sempat lagi banie mencuri masa menyusuri pasir putih laut china selatan.
"u bg i 15-20minit ye.i nak jln2 amk gambar jp.u tgu kat kereta tau."
lepas tu banie menggila tgk cantiknya laut,pasir,pantai,alam,bunga.ahhh,tu baru namanya syurga didunia.desiran ombak tak gagal menampal senyum kagum kat bibir ni.cantik sekali.
walaupun matahari terik dan terasa muka dah panas semacam,tp tak terasa sgt pn semua tu.tak tahu bila lagi akan kembali ke rompin tp yg pasti ingin kembai ke mana2 pantai pun.siapa tahu hujung tahun ni banie ke phuket ke.. ;p
tiba di stesen bukit jalil tepat 4.30 ptg dan hujan juga.berkira-kira nak baik ofis atau pun nak terus balik rumah.klu ikutkan hati msti la nak balik rumah terus kan.siapa yg rajin sgt penat2 baik oustation nak sambung kerja kat ofis.then called the boss minta balik awal.heee.
plan weekend ni..nak tgk pesta floria!bunga2 sgt banyak dan cantik.pasti sekali lagi banie akan menggila sbb tgk dlm kaca tv pn nampak sgt cantik apatah lg tgk liveee!tak sabar.. :)
happy weekend everyone!
No comments:
Post a Comment