"wahai orang-orang yang beriman,minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang.sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.."
p/s:dont read it.kamu takkan faham..
saya sabar je selama ni..in fact,sekarang atau bila2,saya harap saya akan terus bersabar..bila saya mahukan sesuatu..bila saya ditimpa sesuatu..
saya mahu bahagia..tapi entah kenapa,saya rasa ada orang fikir saya tak mahukan bahagia?cuba beritahu saya,siapa yang dalam dunia ni yang tak mahu bahagia?penyangak yang paling teruk pun jauh disudut hati ingin merasa bahagia..adakah sebab saya tak menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan apa yang saya nak tu?kalau saya nak baju,kasut,beg,rumah,kereta,saya boleh beli bila2 masa kalau ada banyak duit.
kalau saya nak manusia,boleh saya beli dia?tak boleh kan..
janganla katakan sesuatu yang tanpa selam dalam2 hati saya dulu..saya bukan jenis nak kisahkan semua ceritera saya pada semua orang,especially you..its not that i dont want to,but i just cant.dengan kamu,saya lagi selesa berfungsi sebagai telinga..dan saya tak kisah..
dan pasal peluang kedua?saya tak pernah bagi dia peluang pertama pun sbb tak pernah terfikir nak bg dia peluang,dan kamu minta untuk peluang kedua?lepas segala apa yang dia keluarkan dari mulut dia..?
kenapa saya rasa kamu tak faham saya dalam hal ni..atau mungkin kamu terlebih faham..
Allah lebih tahu segala yang terbaik untuk saya..biarlah samada cepat,lambat,segera,makan masa..ada,insyaAllah.jangan bagitahu saya tentang manisnya apa yang kamu rasa..sebab saya akan berkata dalam hati,"hati aku terbuka untuk semua tu..tell that to who doesnt.."
saya tahu kamu tak bermaksud apa-apa..sbb tu saya tak keluarkan ayat tu dari bibir saya..
saya akui kadang2 jalan saya 'buta'..tapi saya tak pernah menyesal bilamana saya tersalah masuk pintu..bila masuk pintu yang salah,saya keluar balik,dan tutup pintu.saya teruskan lagi perjalanan dan apalah nasib acap benar tersalah masuk pintu..tapi saya akur..saya tetap keluar dari pintu yang salah tu bila saya tahu isi disebalik pintu tu tiada kena mengena dengan saya..
kamu fikir saya sengaja dan saya memang mahu tersesat di zon orang lain?biarlah saya terus berjalan tanpa persinggahan,tanpa hentian R&R kalau ditakdirkan setiap persinggahan tu salah dan bukan untuk saya..tapi macam mana saya nak tahu kalau persinggahan itu untuk saya atau bukan,tanpa cuba menjengah?tapi saya memang tak menyesal..bila salah..malah berterima kasih pada pintu-pintu tu..walaupun terpaksa dikeluarkan semula..
2 comments:
jiwa kaco ke cik honey bunny??
bunyi mcm jiwa kaco ke?uishh..ssh ar cmni nak suara kan ape yg aku rase,nnt org ckp jiwa kaco..haha
Post a Comment