16 Jan 2009

.bantulah apa yang mampu.

Firman Allah bermaksud,"berangkatlah kamu dalam keadaan berasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah, yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."(at-taubah : 41)

Ketika ini Allah menjadikan bumi Gaza, Palestin sebagai bumi jihad kaum Muslimin yang tersimbah dengan darah syuhada umat ini, seperti yang pernah terjadi oleh leluhur pejuang Islam sebelum mereka pada zaman dahulu.


Imam al-Qurtubi mengatakan jihad menjadi fardu ain apabila musuh Allah berhasil menguasai suatu daerah atau kawasan. Apabila keadaan seperti itu,maka wajib bagi seluruh penduduk daerah itu untuk berangkat jihad dan keluar menghadapi mereka dengan perasaan berat mahupun ringan, sama ada dia seorang pemuda,setiap orang memiliki kemampuan,seorang kanak-kanak tanpa perlu izin dari ayahnya dan tidak boleh seorangpun yang mempunyai kesenggupan berangkat kemudian menghindari dari jihad.


Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat di Doha awal Januari lalu ada menegaskan,"sesungguhnya umat Islam adalah umat saling senasib dalam setiap keadaan, baik senang mahupun susah, perang mahupun damai.seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, tidak mengkhianati,tidak menghinakan dan tidak merendahkan.WAJIB bg kaum Muslimin untuk sebahagian mereka mengukuhkan sebahagian yang lainnya seperti satu tubuh.
ISLAM TIDAK MEMBOLEHKAN KITA HIDUP DALAM KEADAAN KENYANG DAN MELUPAKAN SAUDARA KITA.

(sumber: berita harian)

so,kawan2..banyak inisiatif yang boleh dipakai untuk membantu.bg kita kat Malaysia ni,mungkin dari segi derma apa yang patut pun dah cukup membantu.insyaAllah.dan doa.doa itu penting.Bagi mendukung perjuangan rakyat Palestin,mulai dengan doa bersama,solat hajat,solat ghaib,dll.suatu penyatuan yang mesti kita syukuri bersama.

dan boikot.boikot barangan yahudi.tak mati tercekik or mati kelaparannya kalau tak minum kat starbuck or tak makan McD.takdenya gigi berkarat kalau tak pakai colgate.pakaila ubat gigi yang halal,Mukmin ada,Halagel ada,Najwa ada.Nestle pun,takdenya kena sawan kalau tak makan kitkat,or pape barangan Nestle.

tapi baru-baru ni keluar,ada je nampak orang Melayu,Islam makan di McD.entah,kalau aku,malu.rasa macam aku bg senapang kat askar yahudi yang tak berperikemanusiaan tu,lepas tu suruh askar tu tembak rakyat Palestin depan aku.mereka2 tu,samada mereka tak tahu McD ada menyalurkan dana pada Yahudi (tp takkan la taktau,dh heboh sana sini,tp kalau tak tgk berita taktau la plak kan) ataupun,tahu tapi tak kisah.nth.nanti diSana akan dipersoalkan,rakyat Palestin tuntut jawapan,sediakan je la teks ucapan jawapan masing-masing..

untuk lebih faham,baca disini..elok untuk kesedaran diri sendiri jugak. (peringatan untuk sy sendiri jugak).

No comments: