2 Jan 2009

.1st entry of 2009.

saya telah di tag oleh syud.

syud dh warning kata tag tu panjang so sy cpt2 habiskan kerja untuk jawab tag tu..wah,bersemangatnya.ngee. (tp sebenarnya kerja tu tak siap pn lagi.hihi)

Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

ok,saya mulakan ye.

1.abah kata nama saya diberi oleh kawannya dan diambil sebijik sebulat dr nama isteri seorang periwayat hadis.dan dah 2-3 kali saya tanya abah nama 'suami' saya si periwayat hadis tu,tapi dah 2-3 kali juga la sy lupa nama beliau.huhu

2.dulu masa sekolah saya tak suka apa2 yang berkaitan dgn bunga.masa tu,"apa barang bunga2..karat semacam."sy suka yg abstrak masa tu.tapi semakin meningkat dewasa *chewah* saya semakin menghargai dan menyukai golongan flora tu.bunga bkn semata-mata utk 'berkarat'.heheh.sbb tu la sy suka ros biru.ehee

3.sy anak ke-empat dr lima beradik.atas sy semuanya hero,dan seorang adik perempuan.jadi semasa kanak2,sy dan adik saya jarang sekali bergaduh dengan cara menjerit sesuka hati atau tarik2 rambut.kami bertumbuk.ehee.*pengaruh abg2*tp jaranglah sbb kami lebih suka tak bercakap ant satu sama lain kalau bergaduh.

4.walaupun sy akak ttp org selalu ckp yg sy ni adik.adik sy pula suka acah2 kerek nk jadi akak,especially sejak dia ambil nursing,dengan ke-serius-an nya.(selain saiz dia yg lg tgi+bsr).sgt tak best sbb selalu mematikan mood ceria sy.w/pn sy sekadar buat lawak bodoh,dia ttp akan serius kalau itu mood dia masa tu.geram je.hehe.

5.yg ni mcm memalukan diri sendiri sikit.ehee.ant kerja rumah yg paling malas sy buat ialah melipat baju.huhu.mcm leceh sikit.bgla sy kerja apa pun tp jgnla lipat baju..hehe.sbb ia kerja yg memakan masa.kot.tak senonoh.hehe.yam msti sgt setuju dgn ni. ;p

6.sebab pertama sy suka subjek kimia masa sekolah dulu ialah,nama penulis buku teks Kimia Form 4 sama dgn nama saya,NOORBANI ABDULLAH.^_^

7.sy kurang setuju kalau org kata sy ni sopan la,lembut la,baik la..sbb sy tak se lembut/sopan/baik mana pn.sy takut nnt bila ada perkara2 yg tak se-sopan mana yg sy buat,ada yg berbunyi,"tak sangka banie mcm tu." (dan yg lebihkurg sama maksud mcm ni).sbb dh pernah jadi okk.so please dont expect semua nya baik dr sy.hehe.

9 lagi.huhu

8.sy seorang yg mengada-ngada.buktinya?sy pernah tak bertegur dgn mak msa sy darjah 3 selama 3 hari.sbbnya?sbb mak sy masak bihun b/fast hari tu,tp mak cuma asingkan sepinggan sahaja yg tiada tauge utk bangah,mak lupa SAYA PUN TAK MAKAN TAUGE.wawawa.sy pun merajuk dan menanges sambil merungut.dan untuk lebih drama,tentulah sy tak makan pagi tu kn.hehe.mengade kan?*ye,sila tampar diri sendiri sekarang.ehee.*selepas 3hr,keadaan kembali normal.tp bangah buat itu sebagai modal untuk mengusik sy."mengade..psl bihun pun nk merajuk."(sambil gelak2).tp sekarang sy mkn je tauge.^_~

9.sy ada masalah untuk interpret info/ilmu dlm otak sy dalam bentuk penulisan yg baik dan difahami.sy pernah ckp ttg perkara ni dalam entry sebelum ni.sy boleh terangkan pada kawan sy sehabis baik bbrapa topik (especially Law) sbb dia tak sempat nk baca,TAPI,resultnya,dia boleh dapat A,sy pula dapat B.sadis ok.juga geram.sbb bila sy baca balik apa yg sy jawab,sy pn ala2 pening dgn jawapan sy sendiri.padahal sy faham apa yg dikehendaki.huhu.ant subjek lain,Bio.huhu.

10.apa lg ek..em,sy kuat ber-imaginasi dan berangan.itulah sbbnya sy selalu gelak lebih lama dr org lain sbb dalam kepala sy lawak tu bersambung-sambung.haha.dan kuZ/Yam akan bersuara,"dia mula dahh.." bila sy gelak tak berhenti.hehe.sy selalu imagine bnda pelik2.cth,dulu masa sekolah,sy tgk stesen janakuasa elektrik (yg ada super byk wire2 tu + menara kabel yg bentuk ala2 eiffel tower tu) sebagai penempatan alien kat bumi.dan dilitupi pula dgn awan yg sgt gelap.takot.hihi.mgkn sbb dulu sy kecik (saiz) sbb tu sy nmpak stesen tu bsr sgt.

11.sy suka memasak kalau ada geng (selalunya adik sy) dan sy kurang rajin masak kalau seorg diri.sbnrnya sy suka memasak kalau ada Manja/kawan/mak dan bincang2 nk masak resepi apa..rasa bersemangat.ehee.

arghh..5 lagi..cpt.

12.owh,yg ni rasa mcm nk tiru syud.hehe.sy suka tgk org kidal buat kerja.sgt2.sbb mereka nmpak smart dan comel.especially guy/s. (well..hehe)

13.dalam adik beradik,sy baik dgn bangah sy selain Manja.sbb dia best and cool.

14.sy lebih rapat dgn mak berbanding abah.anak perempuan kn.biasa la.sampai abah kadang2,"mak je dpt?abah takde? ;p

15.sy lebih suka bawa kereta/kenderaan manual berbanding auto.sy tau auto tu senang tapi sy lg suka manual.baru boleh jadi Tuo Hoi/Tuo Hei.hehe.sampai b.long tanya saya lebih dr lima kali,"betul ke ko nk manual?"
ada masalahkah kalau nk manual?hehe.sy suka manual lagi.bru feel bwa.

16.sy boleh drive in heels.ramai juga kawan2 saya yg tak boleh/tak biasa.tapi sy ok je.mungkin sbb sy tak pernah biasakan tanggal kasut/selipar masa drive kot.jadi tiada tabiat tu.so macam tiada masalah sgt nk drive kereta manual pakai heels/high heels.

fuhhhh.akhirnya..hehe.

nk tag 16 orang?huhu.tak nak boleh x.hee

1.pjoy je kot.
2.Nana juga.

No comments: