14 Nov 2008

~looking back those flaws~

" time has been transformed, and we have changed ; it has advanced and set us in emotion, it has unveiled its face, inspiring us with bewilderment and exhilaration"


masa berlalu tanpa kita sedar..yang kita mungkin sedar dan perasan, perubahan pada diri kita..over the years,i learnt alot.aku tahu aku bukan banie 2thn dulu,5thn dulu,10thn dulu atau 15thn dlu.bukanlah berubah sepenuhnya dari hitam ke putih atau sebaliknya,tapi aku tahu ada sikap-sikap 2thn,5thn,10thn atau 15thn dulu dah tiada atau berkurang pada diri sekarang dan begitu juga sebaliknya.

banie 15thn dulu pendiam,agak pasif,dan pemalu yang amat.kata mak,"malu tak kena gaya."kata orang lain,"malu tak bertempat."
banie 10thn dulu,masih pemalu yg kadang-kadang tak bertempat tp mungkin dah tak pasif dan bukan terlalu pendiam.tak tetap pendirian,tak pandai nak mempertahan diri sendiri.yakin pada diri masih di tahap yang lemah.
banie 5thn dulu,masih pemalu,kadang-kadang tak bertempat lagi,melainkan dalam keadaan terdesak.keyakinan diri,meningkat sedikit.
banie 2thn dulu,malu masih ada,msh lagi kadang-kadang tak bertempat tapi keyakinan diri meningkat seiring dengan umur,tak banyak cakap kecuali dirangsang dgn perkara yang menarik perhatian dia.
banie sekarang,malu tapi bertempat (malu tu kena ada,baru diri terjaga.insyaAllah),yakin pada diri,Alhamdulillah,assertive,stand up and speak up for myself,agak peramah (ok,sila muntah. ;p),tak boleh rasa seperti dibuli tapi masih lagi bertoleransi.ada lg,ting tong,sengal,imaginasi lebih,jiwa kacau (org yg dipanah cinta-yg-takdisengajakan-dan-terpaksa-lupakan mmg cmni..hihi),loyar buruk,kadang2 mengarut,etc.hehe


nak bercerita sikit perihal sikap pemalu tak bertempat aku.

jiran sebelah rumah aku ada 2org anak bujang yang masa tu dalam lingkungan umur 17thn dan 19thn,yang suka sgt mengusik.kalau ada apa-apa majlis kat rumah sebelah,aku memang takkan pergi kalau mereka ada.tapi mak akan paksa pergi jugak,sudahnya aku menyorok dibelakang mak sepanjang masa kat situ.masa tu aku lbhkrg 7-9thn.padahal dua orang 'penggangu' aku tu bukan buat apa-apa pn.setakat "hai Ti..Ti sombong la dengan abg..""nape Ti menyorok belakang mak?abg makan nasi la,tak makan org.." lagi la aku sorok muka.mak aku sengeh saja.

pernah sekali aku beraya rumah mereka (masa mereka tiada,semestinya),lepas tu tiba-tiba nampak mereka balik.aku pn terus angkat bontot,balik rumah tanpa sempat ambil duit raya.sampaikan salah seorang dari mereka datang ke rumah aku tak lama selepas tu sebab nak bagi duit raya.

"makcik,siti ada?"

"nape jai?"mak tanya.

"ni nak bagi duit raya.dia tak sempat ambil dah lari."sambil gelak.

mak pun panggil aku..mula-mula memang taknak keluar,takkan,tapi mak suruh keluar juga.tersipu-sipu aku keluar..huhu.lepas tu abg tu selalu pula datang rumah,ajak borak la,ape la..siap mnta izin mak aku tu.mak aku pn on je.saba je la.lama-lama aku dah tak segan dah dengan dia.siap dia ajak g jalan-jalan..tapi dengan dia je la.dengan orang lain masih sama macam dulu. ^_~

bila fikir-fikir balik,apa la sengal sangat aku dulu..huhu

masa sekolah menengah,sepanjang lima thn disitu,aku tak bercakap dengan dengan lelaki.dengan budak lelaki melayu lebih tepat lagi.tak tahu kenapa.melainkan dalam keadaan terpaksa atau mereka yg tegur aku dulu.aku cuma bercakap dengan kawan perempuan dan budak lelaki non-malay saja.nthapeape.aku pn tak faham apa masalah aku dulu.

lepas matrix,sementara tunggu paggilan U,aku kerja kat kedai makan dekat dengan rumah.kedai makan biasa la kn,lelaki je yg ramai mkn kedai ni.perempuan tak ramai,apatah lagi dalam kawasan kampung,agak janggal kalau perempuan mkn kedai.masa mula-mula kerja,nk hantar air pada pelanggan pn tangan aku menggigil.menggigil ok!sampai kena perli la.lepas tu kalau cik ani (tauke kedai) suruh aku kira,aku berdiri sikit punye jauh dgn meja pelanggan tu,mau sebatu dua sambil perhati apa yg diorang makan,ataupn dengar diorang ckp apa yg diorang makan.punya la malu nak dtg dekat.

"jauh nye Ti,nampak ke nk kira tu?"sambil gelak cik ani perli aku..huhu.

masa kat UTM,aku tak boleh makan kalau berdepan dengan lelaki atau mengadap lelaki.lepas tu nk bangun basuh tangan ke,order ke,fikir 2-3 kali baru bangun.perasan macam semua orang pandang aku,padahal seorang pun tak heran.hihi.masa birthday aku yg ke-22,kawan aku (lelaki) nak belanja makan.tp aku ckp aku segan..huahua.(dh la aku suka kat dia msa tu!)
dia pn mcm terkejut jgk."eh,tak pnh ke?..em,xpe,hidup ni asbab..msti ada cara lain.." (babe,dr dia la ayat psl asbab ni.hihi)

tp the next day dia ada bg hadiah.hehe.suke!

tapi diri aku yg sekarang,alhamdulillah dh ok.tp ada masalah lain plak.aku tak suka kalau orang minta tolong aku tanpa magic word 'TOLONG'. (selain mak abah,adik beradik+bos n orang atasan).aku jadi mcm tak ikhlas bila buat kerja tu.tak guna kalau buat tapi tak ikhlas kn.aku berkali-kali pujuk hati ckp,"aku ikhlas,tapi aku tak suka cara dia.."tapi kadang-kadang tetap tak boleh terima.sampai kan aku terfikir,"ya Allah,hati aku tak bersih.aku tak ikhlas menolong orang.padahal org tu tak menggunakan perkataan tolong je.."
kadang-kadang aku rasa mcm muka aku berubah,muka tak suka,which is worse.tp utk memberitahu si pengeluar 'seakan-arahan' supaya lainkali menggunakan perkataan TOLONG,tak terkeluar pulak dr mulut aku..

bila kadang-kadang apa yg aku usahakan ada masalah sikit,tersangkut-sangkut,aku akan terfikir,"ni sbb hati tak bersih la ni.."lepas tu salahkan diri sendiri.selalu aku doa supaya Allah terangkan jalan aku,bersihkan hati aku..

bila dah berubah kepada yg lebih baik dari sebelum ni,dia dtgkan sekali dgn kekurangan lain pula.untuk aku sentiasa beringat mungkin.tp takpe,aku akan cuba ubah.untuk lebih ikhlas w/pn tanpa perkataan TOLONG tu.

tp please la,tak ssh pn nk ckp 'tolong' ok.berbudi bahasa la sikit.itu pn nk kna ajar ke?*ok,sy semakin geram.hihi*

2 comments:

Anonymous said...

tu la..org kate malu2 kucing xper..
jgn malu2 buaya!!
huhuhuhuh..

bunny said...

buaya tak malu la yam.. ;p